Saturday, January 22, 2011

aku rindu padamu.....

salam ....lama jugak bibik tak menulis....sibuk sedikit dengan tugasan dan titik bengik harian yang tak berkesudahan.
bibik dan teman lain baru saja kehilangan teman seperjuanagn ynag bibik kira secara peribadi pada bibik banyk mengajar bibik selok belok bekerja,ibik juga anggap teman ini seperti saudara bibik sendiri...al-fatihah buat abang AZIZ SHAROM....moga rohnya akan di tempatkan bersama golongan orang yang beriman...aminnn.
Seorang lagi teman bibik amat bibik rindui gelak tawa,manjanya,garangnya,guraunya malah serba serbi yang ade pada nya bibik rindu....USTAZAH FOZIAH ISMAIL..teman ini bibik sudah anggap seperti saudara kandung bibik sendiri.Padanya bibik sering luahkan segala kepayahan,keperitan malah kebahagiaan hidup bibik juga pasti bibik kongsi dengannya......lebih 9 bulan menaggung kesakitan hingga kini namun bibik lihat semangat juang dan keredhaanya pada ALLAh amat tinggi.Hingga saat iblis lukimia menyerang otaknya.....dia masih mampu tersenyum terus bersyukur kehadrat ALLAH...sabar sungguh sahabt ku....
Bila di serang sedikit demam dan sakit kepala bibik dapat rasakan keperitan yang di rasai oleh sahabat bibik ini,itupun bibik pasti apa yg bibik rasa hanya sekuman dari penderitaan yang di rasainya....
Mmmmmphh..bibik pasti amat merindui kedua-dua teman ini....bibik sangat sayang pada kalian,Buat abang aziz,kata2 terakhirnya"ja...sayang jugak awak kat kawan yek...." ja semat dalam hati dan akan ingat sampai mati.....Al-fatihah....
Buat Gee.....AKAN BIBIK IKHTIAR SELAGI BIBIK MAMPU....TABAH YE GEE.Siapalah doc nak mengukur hidup mati kita....

Tuesday, January 4, 2011


Apabila cinta bertukar benci
Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

CINTA sepatutnya membuatkan pasangan kekasih, tunang atau suami isteri berasa bahagia, ceria, gembira dan dihargai. Sebabnya, cinta wujud daripada perasaan baik. Terhasil daripada kasih dan sayang serta saling mempercayai.
Kalau itu asas cinta, kalau kasih sayang yang mengikat sesebuah percintaan kenapa saban hari kita didedahkan dengan laporan mengenai pasangan terutama si wanita dikasari, didera dan ada yang dibunuh dalam perhubungan cinta?
Kenapa perasaan cinta yang sepatutnya menyuburkan rasa kesihan dan saling melindungi bertukar menjadi kejam? Hingga ada pasangan yang disiksa tanpa peri kemanusiaan seperti disimbah dengan asid dan dibakar.
Salah satu puncanya ialah apabila seseorang itu merasakan hubungan cintanya tergugat apabila ada elemen-elemen yang menyatukan mereka kian pudar.
Pakar Psikologi, Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata, perasaan cinta wujud daripada tiga elemen yang ada dalam diri seseorang.
Elemen pertama, katanya, komitmen iaitu perasaan sayang-menyayang antara pasangan.
Kedua, keintiman iaitu keakraban fizikal atau emosi yang membuatkan seseorang terlalu sayang terhadap pasangannya. Yang ketiga keghairahan yang bermaksud sentiasa ingin berdekatan kerana komitmen serta keintiman.
"Setiap pasangan bercinta perlu mempunyai tiga elemen ini untuk memastikan kebahagiaan hubungan mereka berterusan.
"Jika seorang daripada pasangan itu mendapati pasangannya tidak mempunyai ketiga-tiga elemen ini, akan timbul rasa tidak puas hati.
"Kerana inginkan pasangannya menunjukkan ketiga-tiga elemen tersebut dan bimbang kehilangan orang yang dicintai, seseorang itu mampu bertindak ganas sehingga di luar kemampuan dan jangkaannya sebagai seorang yang normal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mariani berkata, bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor lain membuatkan seseorang bertindak ganas kepada orang yang dicintainya.
Adakala, campur tangan keluarga dalam perhubungan sehingga membuatkan pasangan suami isteri atau kekasih tidak mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.
Keadaan itu mampu menimbulkan persengketaan antara pasangan berkenaan.
Selain itu, katanya, keletihan atau penat juga mampu menjadikan seseorang bersikap lebih kasar dan panas baran terhadap pasangan.
Justeru, tambahnya, bagi menangani masalah keganasan dalam percintaan, setiap pasangan sama ada lelaki atau wanita perlu banyak bermuhasabah diri dan beristifar jika berdepan masalah dan apabila wujud rasa tidak puas hati.
"Orang yang sedang marah sering bertindak di bawah sedar jadi seseorang itu perlu menenangkan diri sendiri agar tindakan yang diambil bagi menangani masalah percintaannya adalah yang terbaik.
"Keluarga adalah individu yang paling rapat dengan pasangan jadi mereka perlu membantu sama ada menasihat atau membawanya bertemu kaunselor.
"Pihak ketiga iaitu keluarga atau kaunselor adalah individu penting untuk menyelesaikan konflik besar dalam sesuatu perhubungan kerana ia adalah contoh kemurungan peringkat awal," ujarnya.

Bibik=kalau dah kasih bertukar benci tu yang jadi tunggang langgang...hmmm tak heran yang kadar penceraian semakin meningkat ......malah telah menular kepada golongan warga emas......

minyak masak ooooo minyak masak.....

Tiada rancangan naikkan harga minyak masak
05/01/2011 2:54pm
PUTRAJAYA 5 Jan. - Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan harga minyak masak sebagaimana yang diuar-uarkan dilaksanakan sebelum Tahun Baru Cina ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

itu kata menteri berkaitan...tapi bibik percaya krisis ni berlaku pasti melibatkan orang tengah atau pengilang.......rasanya kerajaan dah buat yang terbaik tapi ade pihak lain bibik percaya ambil kesempatan.....