Sunday, July 3, 2011

Kolumnis
Program Bersih dalam kotor!
oleh RIDHUAN TEE ABDULLAH7/4/2011 8:10:47 AM
Seperti saya sebut dalam program Bicara Rakyat, secara langsung di TV1, Jumaat lalu, dalam sistem demokrasi, rakyat ada hak untuk menyuarakan pendapat melalui pelbagai saluran. Tidak salah berdemonstrasi kerana ia dibenarkan oleh Perlembagaan. Asas demokrasi ialah kerajaan daripada rakyat, untuk rakyat. Tetapi satu perkara kita harus ingat, jika kebebasan tersebut boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan rakyat, maka demonstrasi perlu difikirkan kembali.
Kenapa tidak dibuat demonstrasi tersebut secara tertutup seperti di stadium? Kenapa harus di jalanan? Adakah suara demonstrasi di kawasan tertutup tidak didengari? Pada saya, di mana jua demonstrasi diadakan, impaknya pasti ada, tidak semestinya di jalanan. Tempat yang paling sesuai untuk berdemo ialah di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat terutama di Selangor, berhampiran Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur tidak sesuai disebabkan kepadatan dan kesesakan sedia ada.
Saya masih teringat minggu lalu ketika acara Kuala Lumpur Marathon 2011, bermula jam 5.30 pagi, apabila sesetengah jalan ditutup, kesesakan jalan raya amat dirasai. Kebetulan saya berada di dalam bas ketika itu dari Pulau Pinang. Lebih satu jam bas berlegar-legar di sekitar bandar raya kerana pemandu tidak dapat menurunkan penumpang. Akhirnya saya turun sahaja di tepi jalan untuk balik ke rumah sebagai persiapan memberi ceramah motivasi di Memorial Tun Hussein Onn, pada jam 10.30 pagi. Ceramah motivasi tertunda kerana semua peserta terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dalam hati saya berkata, ”ini baru Marathon, bayangkan jika demonstrasi Bersih menjadi kenyataan”.
Saya cadangkan jika Marathon yang sama hendak diadakan tahun hadapan, cukuplah sekadar mengelilingi Tasik Perdana (Botani) berkali-kali, tidak perlu menutup banyak jalan sehingga berlaku kesesakan dan menyusahkan rakyat. Masa dan tenaga (termasuk petrol) banyak terbuang.
Lagi pula terdapat begitu banyak tempat strategik lain seperti Stadium Melawati, Shah Alam atau Bukit Jalil, kenapa Bersih masih berdegil untuk berada di tengah bandar raya Kuala Lumpur? Saya yakin, mereka tahu, jika dibuat di luar Kuala Lumpur, sambutannya sudah pasti tidak memberangsangkan.
Mereka tidak mahu melihat seolah-olah demonstrasi tidak ada orang. Maka untuk melihat ramai, medan orang ramai digunakan. Maka tercapailah hasrat untuk menghimpun ratusan ribu orang. Mereka mahu memperlihatkan demonstrasi tersebut benar-benar mendapat sambutan, walaupun hakikat sebenar tidaklah sedemikian.
Saya amat mengharapkan Perkasa, Pemuda UMNO dan Pertubuhan Silat Melayu, yang semuanya umat Islam ingin turun sama berdemonstrasi, tidak bersikap seperti mereka. Apa bezanya kita jika sama seperti mereka. Amat hina sekali melihat pertembungan sesama umat Islam. Biarlah kumpulan ini ditangani oleh polis dan tentera.
Kita selalu membandingkan situasi kita dengan demonstrasi di Thailand. Politik di sana berbeza dengan negara kita. Thailand negara sebangsa, budaya dan cara hidup mereka sama. Begitu juga di Indonesia. Mereka hanya ada dua kumpulan, pro dan anti kerajaan. Berbanding kita, negara berbilang bangsa, agama, budaya dan cara hidup. Politik kepartian amat kuat dan ekstrem.
Tidakkah kita terfikir dengan banyaknya perbezaan ini, ada pihak-pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk memecah-belah kita dengan melakukan pelbagai provokasi. Mereka mahu kita berantakan, kerana itu adalah salah satu perancangan mereka.
Cuba buat perbandingan, sedangkan perhimpunan sukan secara tertutup pun pergaduhan berlaku macam seolah-olah tidak kenal saudara. Inikan pula perhimpunan terbuka. Persoalan yang tidak dapat dijawab oleh panelis Pas dalam Bicara Rakyat tempoh hari, apakah jaminan perhimpunan tersebut akan berlangsung dalam suasana aman?
Siapakah yang boleh memberi jaminan tersebut? Maaf cakap, dalam keadaan masyarakat yang terlalu banyak perbezaannya, saya tidak percaya semuanya anggota Bersih yang bertindak seperti malaikat?
Wahai Islam, jangan mudah tertipu dan akhirnya kita akan ditipu. Jika masalah daftar pemilih pilihan raya yang menjadi isu utama, yang sepatutnya lebih sensitif adalah parti-parti politik kerana mereka yang akan bertanding. Bukannya NGO seperti yang didakwa. Apa kepentingan NGO dalam daftar pilihan raya kalau bukan untuk mencari publisiti? Jangan terpedaya dengan permainan silap mata ini.
Utama
jowowane said:
tengok cerdik pandai agama kita dah puas bercakap menasihat kepada semua pihak yang terbabit,demo demo ni memang tak bagus.....menyusahkan banyak pihak....renungkanlah.....

Thursday, June 30, 2011

HARAMMMMMMMMMMM............................



UIIII BIBIK GERAM BENOR MENENGOK SI ANU NI YANG JEJELAS DIALAH YANG MENJADI PENGARAH UTAMA DRAMA PERHIMPUNAN HARAN YANG DI HARAMKAN TAPI HARAM TAK DI ENDAHKAN DEK SI AMBI GA YANG JADI BALACI ANU WA............YANG HERANNYA ORANG CINA KAT NEGARA KITA NI HARAM TAK ANGKAT POT PUN,INDIA ADE LA SIKIT2 YANG SEBOK MELABONNYA SI MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI......EIII BIBIK HERAN BETUL...MALAYSIA NI KAN DAH AMAN MAKMUR BUAT APE NAK JADI KUCAR KACIR MACAM THAILAND,NUN NEGARA ARAB N TURKI TUH......EIIII SUKA BENOR NAK NAK BERGOCOH......SAPE YANG RUGI...KAN KITA JUGAK......ANU GILA KUASA KITA YANG BAKAL JADI MANGSA.....

Thursday, May 26, 2011

How do I put AdSense on my blog (using Layouts)?

How do I put AdSense on my blog (using Layouts)?

ORANG LAMA PUTERI UMNO BAHAGIAN BANTONG.



TOLAK PUAN ZETY HIRLIZA,TINGGAL MUKA NI LA YANG BERBALIK BALIK BUAT KERJA -KERJA PU3,.....TU HA SU PU3 TU NI DAH LAST TERM...BIBIK PUN TAH LA...HATI RASA MACAM BERBELAH BAGI JER...TAPI SAPER LAGI EAK NAK TERUSKAN PERJUANAGAN YANG BELUM SELESAI NI....IYALAH SEMUA NI KAN TAK BERGAJI.....BIBIK PUN BUKAN LA SENANG CUMA ALLAH MURAH KAN REZEKI SIKIT JER......BUDAK PU3 SEKARANG ASAL GERAK SIKIT JER SUMER TANYA PASAL "KAK DUIT ELAUN ADER,DUIT BAJU ADE,T-SHIRT FREE ADER...ADERRRRR PENING SU PU3 DI BUATNYA......SABARRR YO LAH SU YO.....TAPIKAN KALAU DI INGAT BALIK KAN SEMUA PENGORBANAN NI BUAT AGAMA BANGSA DAN NEGARA KU MALAYSIA YANG TERCINTA........TAK GITU KEKAWAN?

rindu yang tak terucap......



alfatihah buat sahabat bibik yang sangat di kasihi ini...

Gee........selepas pemergian mu terlalu banyak peristiwa yang berlaku.......dalam banyak perkara boss misalnya seplah hilang tempat bergantung harap dalam melaksanakan tugasnya sebagai pengarah negeri...semua tahu kau ibarat tangan kanannya gee.Saat hayat mu masih ada(dua minggu sebelum pemergian arwah) semasa boss datang menjenguk mu,dapat di lihat dari bening matanya yang dia tidak dapat menahan perasaan sedih dan sebak yang tidak terhingga.......

ingat lagi katanya"patah kaki saya ja......susah gee tak de"

Betul gee,banyak perkara dia seolah tak mampu untuk buat keputusan sendiri,kadang2 keputusan yang di buat tu macam tak sesuai jer....kalau gee ade mesti tak jadi macam ne.......


Gee sahabatku......

Tak lama selepas pemergian mu kita menghada PRK kerdau Gee,banyak sangat peristiwa yang tak di jangka maa tu....boss lantik aku jadi KUS,ramai yang tak senang rupanya,sumpah Gee 3 kali aku menolak secara baik dengan boss aku katakan yang aku tak mampu buat tapi boss kuat katakan "tak pe ,kamu boleh belajar...tak salahkan?" berat hati ja terima jugak Gee......Kalau Gee ade mesti semua ni Gee yang buatkan...tak lah Ja rasa susah hati macam ni sekali......Lepas PRK tu baru la ja sedar Gee....mana satu kawan dan lawan antara kita......tapi sumer kekawan kita bebaik belaka...cuma ade la segelintir dua yang mulut macam puaka......ja rasa kalau Gee ade lagi pun mesti Gee cakap macam tu kan......?Sian boss,macam 2 anak buah buat kat dia,usshhh tapi boss tu kuat Gee,tak pernah cakap ape.......semua tahu boss kita tu mana la pernah marah........


Gee sahabat ku......saat ne kami semua sangat rindukan mu....betul Gee,kalau gee ader tentu tak jadi cam ne....Apapun ja doakan sahabat ja yang namanya Foziah Ismail ini akan di cucuri rahmat dan di letakkan di dalam golongan orang yang beriman........Memori antara kita takkan luput dari ingatan sahabat mu ini.....Al-Fatihah buat mu..........

Saturday, January 22, 2011

aku rindu padamu.....

salam ....lama jugak bibik tak menulis....sibuk sedikit dengan tugasan dan titik bengik harian yang tak berkesudahan.
bibik dan teman lain baru saja kehilangan teman seperjuanagn ynag bibik kira secara peribadi pada bibik banyk mengajar bibik selok belok bekerja,ibik juga anggap teman ini seperti saudara bibik sendiri...al-fatihah buat abang AZIZ SHAROM....moga rohnya akan di tempatkan bersama golongan orang yang beriman...aminnn.
Seorang lagi teman bibik amat bibik rindui gelak tawa,manjanya,garangnya,guraunya malah serba serbi yang ade pada nya bibik rindu....USTAZAH FOZIAH ISMAIL..teman ini bibik sudah anggap seperti saudara kandung bibik sendiri.Padanya bibik sering luahkan segala kepayahan,keperitan malah kebahagiaan hidup bibik juga pasti bibik kongsi dengannya......lebih 9 bulan menaggung kesakitan hingga kini namun bibik lihat semangat juang dan keredhaanya pada ALLAh amat tinggi.Hingga saat iblis lukimia menyerang otaknya.....dia masih mampu tersenyum terus bersyukur kehadrat ALLAH...sabar sungguh sahabt ku....
Bila di serang sedikit demam dan sakit kepala bibik dapat rasakan keperitan yang di rasai oleh sahabat bibik ini,itupun bibik pasti apa yg bibik rasa hanya sekuman dari penderitaan yang di rasainya....
Mmmmmphh..bibik pasti amat merindui kedua-dua teman ini....bibik sangat sayang pada kalian,Buat abang aziz,kata2 terakhirnya"ja...sayang jugak awak kat kawan yek...." ja semat dalam hati dan akan ingat sampai mati.....Al-fatihah....
Buat Gee.....AKAN BIBIK IKHTIAR SELAGI BIBIK MAMPU....TABAH YE GEE.Siapalah doc nak mengukur hidup mati kita....

Tuesday, January 4, 2011


Apabila cinta bertukar benci
Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

CINTA sepatutnya membuatkan pasangan kekasih, tunang atau suami isteri berasa bahagia, ceria, gembira dan dihargai. Sebabnya, cinta wujud daripada perasaan baik. Terhasil daripada kasih dan sayang serta saling mempercayai.
Kalau itu asas cinta, kalau kasih sayang yang mengikat sesebuah percintaan kenapa saban hari kita didedahkan dengan laporan mengenai pasangan terutama si wanita dikasari, didera dan ada yang dibunuh dalam perhubungan cinta?
Kenapa perasaan cinta yang sepatutnya menyuburkan rasa kesihan dan saling melindungi bertukar menjadi kejam? Hingga ada pasangan yang disiksa tanpa peri kemanusiaan seperti disimbah dengan asid dan dibakar.
Salah satu puncanya ialah apabila seseorang itu merasakan hubungan cintanya tergugat apabila ada elemen-elemen yang menyatukan mereka kian pudar.
Pakar Psikologi, Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata, perasaan cinta wujud daripada tiga elemen yang ada dalam diri seseorang.
Elemen pertama, katanya, komitmen iaitu perasaan sayang-menyayang antara pasangan.
Kedua, keintiman iaitu keakraban fizikal atau emosi yang membuatkan seseorang terlalu sayang terhadap pasangannya. Yang ketiga keghairahan yang bermaksud sentiasa ingin berdekatan kerana komitmen serta keintiman.
"Setiap pasangan bercinta perlu mempunyai tiga elemen ini untuk memastikan kebahagiaan hubungan mereka berterusan.
"Jika seorang daripada pasangan itu mendapati pasangannya tidak mempunyai ketiga-tiga elemen ini, akan timbul rasa tidak puas hati.
"Kerana inginkan pasangannya menunjukkan ketiga-tiga elemen tersebut dan bimbang kehilangan orang yang dicintai, seseorang itu mampu bertindak ganas sehingga di luar kemampuan dan jangkaannya sebagai seorang yang normal," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mariani berkata, bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor lain membuatkan seseorang bertindak ganas kepada orang yang dicintainya.
Adakala, campur tangan keluarga dalam perhubungan sehingga membuatkan pasangan suami isteri atau kekasih tidak mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.
Keadaan itu mampu menimbulkan persengketaan antara pasangan berkenaan.
Selain itu, katanya, keletihan atau penat juga mampu menjadikan seseorang bersikap lebih kasar dan panas baran terhadap pasangan.
Justeru, tambahnya, bagi menangani masalah keganasan dalam percintaan, setiap pasangan sama ada lelaki atau wanita perlu banyak bermuhasabah diri dan beristifar jika berdepan masalah dan apabila wujud rasa tidak puas hati.
"Orang yang sedang marah sering bertindak di bawah sedar jadi seseorang itu perlu menenangkan diri sendiri agar tindakan yang diambil bagi menangani masalah percintaannya adalah yang terbaik.
"Keluarga adalah individu yang paling rapat dengan pasangan jadi mereka perlu membantu sama ada menasihat atau membawanya bertemu kaunselor.
"Pihak ketiga iaitu keluarga atau kaunselor adalah individu penting untuk menyelesaikan konflik besar dalam sesuatu perhubungan kerana ia adalah contoh kemurungan peringkat awal," ujarnya.

Bibik=kalau dah kasih bertukar benci tu yang jadi tunggang langgang...hmmm tak heran yang kadar penceraian semakin meningkat ......malah telah menular kepada golongan warga emas......

minyak masak ooooo minyak masak.....

Tiada rancangan naikkan harga minyak masak
05/01/2011 2:54pm
PUTRAJAYA 5 Jan. - Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan harga minyak masak sebagaimana yang diuar-uarkan dilaksanakan sebelum Tahun Baru Cina ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan

itu kata menteri berkaitan...tapi bibik percaya krisis ni berlaku pasti melibatkan orang tengah atau pengilang.......rasanya kerajaan dah buat yang terbaik tapi ade pihak lain bibik percaya ambil kesempatan.....