Sunday, July 3, 2011

Kolumnis
Program Bersih dalam kotor!
oleh RIDHUAN TEE ABDULLAH7/4/2011 8:10:47 AM
Seperti saya sebut dalam program Bicara Rakyat, secara langsung di TV1, Jumaat lalu, dalam sistem demokrasi, rakyat ada hak untuk menyuarakan pendapat melalui pelbagai saluran. Tidak salah berdemonstrasi kerana ia dibenarkan oleh Perlembagaan. Asas demokrasi ialah kerajaan daripada rakyat, untuk rakyat. Tetapi satu perkara kita harus ingat, jika kebebasan tersebut boleh menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan rakyat, maka demonstrasi perlu difikirkan kembali.
Kenapa tidak dibuat demonstrasi tersebut secara tertutup seperti di stadium? Kenapa harus di jalanan? Adakah suara demonstrasi di kawasan tertutup tidak didengari? Pada saya, di mana jua demonstrasi diadakan, impaknya pasti ada, tidak semestinya di jalanan. Tempat yang paling sesuai untuk berdemo ialah di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat terutama di Selangor, berhampiran Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur tidak sesuai disebabkan kepadatan dan kesesakan sedia ada.
Saya masih teringat minggu lalu ketika acara Kuala Lumpur Marathon 2011, bermula jam 5.30 pagi, apabila sesetengah jalan ditutup, kesesakan jalan raya amat dirasai. Kebetulan saya berada di dalam bas ketika itu dari Pulau Pinang. Lebih satu jam bas berlegar-legar di sekitar bandar raya kerana pemandu tidak dapat menurunkan penumpang. Akhirnya saya turun sahaja di tepi jalan untuk balik ke rumah sebagai persiapan memberi ceramah motivasi di Memorial Tun Hussein Onn, pada jam 10.30 pagi. Ceramah motivasi tertunda kerana semua peserta terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dalam hati saya berkata, ”ini baru Marathon, bayangkan jika demonstrasi Bersih menjadi kenyataan”.
Saya cadangkan jika Marathon yang sama hendak diadakan tahun hadapan, cukuplah sekadar mengelilingi Tasik Perdana (Botani) berkali-kali, tidak perlu menutup banyak jalan sehingga berlaku kesesakan dan menyusahkan rakyat. Masa dan tenaga (termasuk petrol) banyak terbuang.
Lagi pula terdapat begitu banyak tempat strategik lain seperti Stadium Melawati, Shah Alam atau Bukit Jalil, kenapa Bersih masih berdegil untuk berada di tengah bandar raya Kuala Lumpur? Saya yakin, mereka tahu, jika dibuat di luar Kuala Lumpur, sambutannya sudah pasti tidak memberangsangkan.
Mereka tidak mahu melihat seolah-olah demonstrasi tidak ada orang. Maka untuk melihat ramai, medan orang ramai digunakan. Maka tercapailah hasrat untuk menghimpun ratusan ribu orang. Mereka mahu memperlihatkan demonstrasi tersebut benar-benar mendapat sambutan, walaupun hakikat sebenar tidaklah sedemikian.
Saya amat mengharapkan Perkasa, Pemuda UMNO dan Pertubuhan Silat Melayu, yang semuanya umat Islam ingin turun sama berdemonstrasi, tidak bersikap seperti mereka. Apa bezanya kita jika sama seperti mereka. Amat hina sekali melihat pertembungan sesama umat Islam. Biarlah kumpulan ini ditangani oleh polis dan tentera.
Kita selalu membandingkan situasi kita dengan demonstrasi di Thailand. Politik di sana berbeza dengan negara kita. Thailand negara sebangsa, budaya dan cara hidup mereka sama. Begitu juga di Indonesia. Mereka hanya ada dua kumpulan, pro dan anti kerajaan. Berbanding kita, negara berbilang bangsa, agama, budaya dan cara hidup. Politik kepartian amat kuat dan ekstrem.
Tidakkah kita terfikir dengan banyaknya perbezaan ini, ada pihak-pihak tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk memecah-belah kita dengan melakukan pelbagai provokasi. Mereka mahu kita berantakan, kerana itu adalah salah satu perancangan mereka.
Cuba buat perbandingan, sedangkan perhimpunan sukan secara tertutup pun pergaduhan berlaku macam seolah-olah tidak kenal saudara. Inikan pula perhimpunan terbuka. Persoalan yang tidak dapat dijawab oleh panelis Pas dalam Bicara Rakyat tempoh hari, apakah jaminan perhimpunan tersebut akan berlangsung dalam suasana aman?
Siapakah yang boleh memberi jaminan tersebut? Maaf cakap, dalam keadaan masyarakat yang terlalu banyak perbezaannya, saya tidak percaya semuanya anggota Bersih yang bertindak seperti malaikat?
Wahai Islam, jangan mudah tertipu dan akhirnya kita akan ditipu. Jika masalah daftar pemilih pilihan raya yang menjadi isu utama, yang sepatutnya lebih sensitif adalah parti-parti politik kerana mereka yang akan bertanding. Bukannya NGO seperti yang didakwa. Apa kepentingan NGO dalam daftar pilihan raya kalau bukan untuk mencari publisiti? Jangan terpedaya dengan permainan silap mata ini.
Utama
jowowane said:
tengok cerdik pandai agama kita dah puas bercakap menasihat kepada semua pihak yang terbabit,demo demo ni memang tak bagus.....menyusahkan banyak pihak....renungkanlah.....

No comments:

Post a Comment