Thursday, December 23, 2010

CUBA BACA...........SAYA TAHU JAWAPANNYA...ANDA?


Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?
CUIT ZAINI HASSAN
SUDAH banyak kali saya menulis mengenai sikap sahabat kita, orang Cina Malaysia terhadap kerajaan yang ada sekarang. Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu 'pulun' semua sekali pengaruh Cina di negara ini.
Seperti mana yang saya tulis sebelum ini, DAP sejak akhir-akhir ini sungguh senyap dalam pergerakannya. Di Selangor pun ia senyap, di Pulau Pinang pun ia mulai senyap, di Perak pun begitu. Senyap-senyap DAP sebenarnya diam-diam berisi.
Gerakan halus mereka bergerak kencang. Harus diingat arus bawah lebih bahaya berbanding ombak di atas. Tapi apakah BN sedar dengan strategi DAP itu. Jika kira-kira 30 tahun dulu, malah 20 tahun dulu, orang Melayu generasi saya amat cuak dengan DAP atas sikap cauvinisnya, kini generasi Melayu sekarang tidak tahu itu semua. Mereka sudah tidak peduli.
Mereka tidak membaca pun buku 13 Mei yang ditulis oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka tidak pernah tahu pun wujudnya perarakan penyapu oleh DAP yang mahu menyapu orang Melayu pada masa itu.
Bukan tujuan saya mahu membangkitkan rasa benci kepada parti itu atau kepada sesiapa, tapi ia adalah sejarah yang semua orang anak-anak Melayu, Cina, India, Orang Asli malah sesiapa sahaja harus dan berhak tahu mengenainya.
Saya pernah menyarankan supaya buku 13 Mei itu dijadikan teks di sekolah. Matapelajaran sejarah yang sesetengah daripada orang Melayu sendiri amat membencinya, harus diperkuatkan semula. Aspek kenegaraan, soal-soal realiti kemalaysiaan harus diterapkan.
Masukkan juga satu subjek mengenai konsep 1Malaysia yang sudah mulai disukai ramai itu. Sejarah silam dan aspek kontemporari harus disatukan menjadi satu subjek wajib, yang harus diikuti oleh semua pelajar, bukan sahaja pelajar Sastera, malah juga pelajar Sains.
Tujuan saya membangkitkan semula perkara ini bukanlah bermakna saya ini ultra-Melayu, tetapi untuk menyatakan mengenai realiti politik yang berlaku di sekeliling kita sekarang.
Pilihan raya kecil Hulu Selangor amat unik. Dalam sains politik, ia amat menarik untuk dikaji bagaimana orang Cina (bukan semua, tapi rata-rata) masih tidak mahu kembali kepada parti kerajaan.
Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?
Perlulah diingat pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini. Ia terlalu artifial. Tsunami yang berlaku adalah akibat kemarahan rakyat kepada kerajaan ketika itu dan kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.
Akibatnya, DAP telah berjaya mencuri peluang itu. Orang Cina ramai-ramai memihak kepada mereka dan berlakulah tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Tapi jika diambil Hulu Selangor sebagai model pilihan raya umum ke-13 kelak, orang Cina bukanlah (lagi) penentu kepada keputusannya. Orang Melayu masih lagi menjadi faktor mutlak bagi menentukan kepada keputusan itu, dengan syarat - mereka bersatu.
Bersatupun, mereka haruslah secara majoriti menyokong kerajaan dan orang India pun turut serta memberi undi kepada parti kerajaan, maka ketika itu orang Cina bukanlah penentunya. Kecualilah jika orang India dan Cina solid lari daripada BN, maka BN akan tersungkur.
Namun, hakikatnya angka majoriti undi BN di Hulu Selangor bukan lagi satu gambaran kepada kemenangan sebenar. Itu pilihan raya kecil. Semua jentera tertumpu di sini. Dalam pilihan raya umum situasinya adalah jauh berbeza.
Secara angka, Melayu Hulu Selangor pun masih tidak solid. Kita tidak pasti apa lagi yang mereka mahu. Semua yang mereka mahu sudah diberi. UMNO pun sudah tunjuk perubahan. Seorang rakan memberitahu ''mungkin kita perlu pendekatan radikal untuk menyelesaikan masalah yang tenat."
Namun, keputusan Hulu Selangor amat disenangi oleh Lim Kit Siang. Beliau dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan kekalahan mereka diumumkan, memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu, keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada 'rakyat' Hulu Selangor.
Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk 'rakyat' itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP.
Kit Siang ternyata amat gembira, sebaliknya Dr. Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon yang gagal.
Ironisnya, apa pula maksud Soi Lek apabila beliau berkata ''MCA kena vokal''? Saya pun tak tau?
Orang Cina Malaysia, apa lagi yang anda mahu?TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab-musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarang. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?
Ikut sejarahnya orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.
Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.
Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia. Cuba bezanya, Singapura berjaya dikuasai sepenuhnya, dan Malaysia tidak.
Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, di sana orang Cina yang menguasai politik dan sekaligus pemerintahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasai oleh orang Melayu.
Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. Orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.
Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa.
Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.
Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar-bandar di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikuasai mereka.
Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini (jika ada).
Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.
Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya.
Akhir sekali, orang paling terkaya di Malaysia yang banciannya dijalankan saban tahun oleh sebuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 ke atas. Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.
1. Robert Kuok Hock Nien 2. Tatparanandam Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim Kok Thay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Seri Lee Kim Hua 9. Tan Sri Tiong Hiew King 10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun. (Sumber: Malaysian Business, Feb 2010)
Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi?
Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda tahu jawapannya.

Wednesday, December 22, 2010

betul tak kalau.........


Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.
"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.
"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.
Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman.
Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
"Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya.
Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu.
"Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya.

kawan saya kata............


Kerajaan UMNO-BN memperuntukan RM210j untuk pembangunan kemahiran FELDA




Datuk Ahmad Maslan berkata,Kerajaan telah membelanjakan RM210 juta dari tahun 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda bertujuan memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.
Seramai 33,017 warga Felda telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang.
AYG ; cuba warga Felda bayangkan, bagaimana Kerajaan memberi komitmen terhadap generasi peneroka bagi memastikan anak-anak peneroka dapat hidup berdikari untuk meningkatkan taraf hidup mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Anak-anak peneroka sepatutnya mengambil peluang di atas program-program kemahiran yang telah disediakan, bukan hanya tahu menunggu segala-galanya jatuh ke riba……
Mazlan-ANAK tidak perlulah membawa cerita keliling perkampungan Felda mendakwa Felda telah mengabaikan generasi peneroka, lebih baik Mazlan menyeru agar generasi Felda agar mengambil segala peluang yang disediakan untuk mereka.

Monday, December 20, 2010

BUTA HATI BUTA MATA....ALAHAI......

SALAM SEMUA......BIBIK KEMARIN DI TUGASKAN UNTUK MEMBUAT TINJAUAN KEHADIRAN DSAI DI KAMPUNG SEBELAH.....JAM LAPAN BIBIK DAH SAMPAI....HMMMMM BIBIK TENGOK TAK LAH RAMAI MANA,MUNGKIN SEBAB DUA TIGA HARI SEBELUM DSAI DATANG ADE KHABOR ANGIN KATANYE DSA TAK JADI DATANG ...HUJAN PULAK KEBETULAN LEBAT MAGHRIB TUU...ELOKLAH.....
KALAU TIDAK MAKIN RAMAI YANG KENE TEMBERANG DSAI....ENTAHLAH,BIBIK TAK CAKAP..... KEBETULAN ADE SORANG GADIS MANIS DISEBELAH BIBIK -BERDIRI BERHUJAN MACAM BIBIK SEBAB TAK BAWAK PAYUNG,MENGOMEL SORANG DIRI..TAPI SEBAB SUARNYA AGAK KUAT BIBIK DENGAR APE YANG DI OMEL,KATANYA"TAKKAN LA PAKCIK2 NE TAK SEDAR APE YANG DI CAKAP DEK DSAI NI TIPU,TEMBERANG..."BIBIK PUN TANYA......KENAPE DIK"TAK LA...MACAM KAMI YANG SELAU DAPAT MAKLUMAT TERKINI-SEBAB DI NI MPP UITM JENGKA-TAULAH KEADAAN SEBENAR,TAPI PAKCIK2 NI KESIAN YE KAK?ALAHAI.........RAMAI YANG MELONGO KENE TIPU DIK DSAI NI.......YANG PENTING KAT TEMPAT BIBIK DSAI TAK LAH RAMAI SANGAT PEMINATNYA.......BGUS GITU.......KALAU TAK SALAH BIBIKDSAI ADE CAKAP

"KITA TAK NAFIKAN...KERAJAAN BN BANYAK BUAT PEMBANGUNAN CONTOH SEKOLAH.....JALANRAYA...HOSPITAL.......DAN BANYAK LAGI......MEMANG KITA TAK NAFI....."TAPI YANG BIBIK HERAN TU KENAPA MASIH RAMAI DI LUAR SANA YANG SAJE BUTAKAN MATA DAN HATI.....APE YANG KERAJAAN BUAT SUMER TAK BETUI......TAK KE HERAN BIN AJAIB.......ALAHAI

Sunday, December 19, 2010

TAK CUKUP LAGI........ALAHAI......

SALAM KEKAWAN....ENDAS MUBENG(KEPALA PUSING).....SEBAB BELUM CUKUP 10 ....APAPUN HARI NI BIBIK NAK CAKAP PASAL FIIL SUAMI KALAU DAH NAIK MIANG.......
YANG PERTAMA,CONFIRM HANDFON TAK PERNAH LEKANG DARI TANGAN...CUKUP PANTANG KALU ORANG LAIN USIK ATAU BELEK....APATAH LAGI BININYA-TIAP KALI MESEJ MASUK DIA CEPAT AKAN MAKLUMKAN CTHNYA,CELCOM HANTAR MESEJ.....HATI2 TAKKAN LA SEHARI SAMPAI SEPULUH KALI.....(MULA2 BIBIK PERCAYA GAK)
KEDUA,DENGAN BINI JADI ROMANTIS SEMACAM...KALAU SEBELUM NI JANGAN NAK DI BELAI-BELAI DI TEGUR ATAU DIS APA PUN JARANG SEKALI......JADI CAM TU SEBABDENGAN AWEK DIA DIA WAT CAM TU....
KETIGA,OUT STATION MEMANJANG......SAMPAI HARI HOL PUN KATANYA ADE PROGRAM /KERJA......HAAAAAAA MEMANG BINI2 KENE SELIDIK BEBETUL....
KEEMPAT,DUIT TAK CUKUP MEMANJANG...APE TAKNYA ASYIK SHOPING SAKAN TUK MAK WE...MAKLUMLAH NAK BELI JIWA......
KELIMA,APE BINI BUAT SEMUA DAH TAK KENE DEK PANDANGAN MATA........ORANG LAIN DUK PUJI BINI SOLID DAN MONTOK SI LAKI SIBUK NYANYI NADA PERLI'LA..LA..LA...BINI KU GEMUK MACAM BADAK"HATI2 WAHAI BINI DI LUAR SANA....
KE ENAM,LAKI ASYIK MENYANYI-NYANYI GUMBIRA SAMPAI TERSENYUM SORANG SORANG...APE TAKNYA,TERINGAT BILA SAAT BERCENGKARAMA DENGAN AWEK LA TU.....
HMMMMM APAPUN BIBIK CUMA NAK INGATKAN AJER.....KALAU IKUTKAN KAT LUAR SANA MACAM2 FIIL BILA LAKI DAH NAIK MIANG NI...MCM ULAT BULU NAIK DAUNNNNN .......TAK KER GEDIK-GEDIK SEMACAM JER FIILNYER.....KALAU DITANYA KENAPA BUAT FIIL......SENANG JER JAWABNYER_DENGAN MUKA TESENGIH-SENGIH "SAYANGGGGG....KALAU LELAKI NI TAK MIANG TU TAK NORMAL NAMANYA......
ALAHAI SUAMI.............JUMPA LAGI......WASALAM......

Thursday, June 24, 2010

BETUL KE MUNDUR?

SALAM.....LAMA BENAR BIBIK TAK MENULIS RASANYA....BANYAK CERITA MENARIK LEPAS CUTI SEKOLAH YANG PANJANG NI.BIBIK PERCAYA RAMAI IBU BAPA DI LUAR SANA MENGAMBIL KESEMPATAN MEMBAWA ANAK2 BERCUTI TEMPOHARIKAN?-BIBIK CUMA SEMPAT BAWA ANAK2 SHOPPING BAJU RAYA SAJA......SEBUT PASAL ANAK2 DILUAR SANA SEKARANG BIBIK DENGAR HEBOH ORANG BERCAKAP PASAL CADANGAN NAK MEMANSUHKAN UPSR DAN PMR,RAMAI YANG MEMBERI PENDAPAT DENGAN PELBAGI PANDANGAN.....BIASALAH ADA YANG PRO ADA YANG KONTRA......ADA YANG BERPENDAPAT PEMANSUHAN PMR DAN UPSR NI ADLAH MEDAN UJIAN PENDIDIKAN,ADA YANG KATA RUGI DAN ADA LEBIH TERUK BERPENDAPAT MUNDUR LAH KALAU MANSUH KEDUA DUA UJIAN NI....ENTAHLAH TAPI APA YANG BIBIK PASTI ANAK KITA YANG TERSEPIT.......SAMA MACAM ISU PEMBELAJARAN DALAM BAHASA INGGERIS HARI TU......DAH ELOK2....ENTAHLAH.....TAPI SEBENARNYA BAGI BIBIK,UJIAN NI LAH MENILAI ANAK2 KITA TAHAPNYA SETAKAT MANA......KADANG2NAK MENGUBAH DASAR NI JANGAN LAH IKUT SEDAP HATI JER....BAGI BIBIK PERLU KAJI SEDALAMNYA DARI PIHAK ANAK2 SEKOLAH YANG TERLIBAT DAN JUGA GURU2NYA......ENTAHLAH ,JANGAN NAK MENGEJAR IDEA NTAH APA2 KITA-TERMASUKLAH ANAK2 BIBIK TENTUNYA.
JANGANLAH DEK KERANA CADANGAN PEMANSUHAN NI AKAN MEMBUATKAN SISTEM PENDIDIKAN AKAN BERUNDUR KE BELAKANG KERANA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DAN PASTI TERJADI DAUBLE STANDARD.....

BETUL KE MUNDUR?

Wednesday, June 16, 2010

GULA???????????

ASSALAMUALAIKUM...........BIBIK NI ,MENIAGA SIKIT2.......KEDAI MAKAN,TAPI BIBIK SAKIT HATI BETUL,NGAPE LE PAYAH BEBENO NAK DAPAT BEKALAN GULA,KEDAI SINI TAKDE KEDAI SANA TAK ADA......SUPERMARKET ADE TAPI KENE BERATUR DAN BELI PULAK CUMA BOLEH 2 KILO SORANG!LETIH BEB !BIBIK NI NIAGA....TAKKAN NAK SEPULUH KALI ULANG KE LIDO(SUPERMARKET PALING GLAMER KAT BANDAR BIBIK!)BIBIK TENGOK KERAJAAN TELAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN TAMBAH BERIBU TAN METRIK GULA UNTUK PENGGUNA,TAPI KEMANA PEGI GULA-GULA NI SEMUA......?ENTAHLAH!AGAKNYA DI SOROK ORANG BUNIAN KOT......HMMMMMM ALAMATNYA PENYAKIT KENCIN MANIS YANG MELANDA MANUSIA AKAN BERPINDAH KEPADA ORANG BUNIAN LA KOT!HA..HA....HA....
SEBENARNYANYA YANG BIBIK NAK CAKAP IALAH MENGAPA ADA SEGELINTIR PIHAK DI LUAR SANA SANGGUP MEMBUAT PERKARA TERKUTUK(SOROK GULA LA APA LAGI)NI TANPA MEMIKIR KEPAYAHAN ORANG LAIN TERMASUKLAH ORANG MACAM BIBIK NIE(MENIAGA CIPUT!)KESIAN LAH PADA KAMI.......PADA KERAJAAN PULA,BIBIK SOKONG SANGAT LANGKAH YANG DIAMBIL SEMALAM-17 jun-ambil ketetapan menang dalam kes lesen lain2 brng kawalan .TAHNIAH KERAJAAN,MOGA KAMI SEBAGI RAKYAT TAK TERUS TERHIMPIT......OH YE!AGAK AGAK KALAU NAK MAKAN BAKSO ENAK DAN SEGAR SERTA PECAL LAZAT DATANGLAH KE KEDAI BIBIK......SALAMMMMMMMMMMM JUMPA LAGI.

Sunday, June 6, 2010

ADUH MBAKKKK.................

ADUHAI,LEGA HATI TAK KEMANA RUPANYA....BIBIK SANGKA BILA DIAMBIL MBAK BARU UNTUK MERINGANKAN TUGAS MENJAGA BUAH CINTA BIBIK SERAMAI 3 ORANG TU AKAN RINGAN TAPI RUPANYA ALAAAHAI........PENING PULAK KEPALA DIBUATNYA.
HARI PERTAMA BIBIK AMBIL MBAK DARI TEMPAT KERJA LAMANYA,BIBIK DAH TERANGKAN APA YANG PATUT MBAK BUAT BILA BEKERJA DIRUMAH NANTI...PERLAHAN BIBIK CAKAP.....MBAK JGN SUSAH HATI(TIKA ITU BIBIK LIHAT MATANYA SAYU DAN DALAM KEADAAN KELIRU)DI RUMAH SAYA NANTI MBAK PERLU MENJAGA ANAK KECIL SAYA....ALIYA NAMANYA UMUR SEPULUH BULAN,TIKA ITU BIBIK LIHAT MELONGO,NAPE MBAK?BIBIK TANYA...IBU....SAYA NGAK BISA JAGA ANAK -ANAK,DI INDON YANG MENJAGA ANAK SAYA,IBU SAYA....ADUHHHHH....HATI BIBIK DAH BERDEGUP!DALAM HATI,PERMIT DAH BAYAR NIE....TAK PE MBAK....ANAK SAYA SENANG,MBAK CUMA PERLU JAGA ANAK DAN KEMAS RUMAG SEDIKIT-SEDIKIT....LAJU MBAK NGANGGUK.....
SILAP BIBIK RUPANYA,PATUTNYA BIBIK TANYA PADA ORANG YANG MENGENALKAN MBAK ITU,SAMA ADA DIA PANDAI MENGASUH ANAK ATAU TIDAK.....TERBUKTI BILA DISURUH MENGAMBIL NAPKIN(KAIN PUTIH BAYI,MBAK TAK MUNCUL2......ALAHAI,BILA DITANYA MABK CAKAP,BUK SAYA NGAK JUMPA ITU KAIN YANG ADA TALI......ADUHHHHH TAK KENAL NAPKIN RUPANYA.....BUKAN ITU SAJA ,MALAH SEMUA KERJA RUMAH BIBIK KENE SURUH,STRESS BETUL,BAIK BUAT SORANG2 TAK PENING KEPALA NAK MEMERINTAH.....ADUHAI MBAK.....

Sunday, March 21, 2010

BUAH CINTA KU.......

HHHMMMMMMM.......DAH LEPAS CUTI SEKOLAH,TAK TERASA PUN BIBIK BILA MASA BERLALU TERLALU CEPAT,DIAM TAK DIAM SUKU TAHUN HAMPIR BERLALU....PUAS BIBIK FIKIR APE PENCAPIIAN YANG BIBI DAH TUNAIKAN UNTUK YAHUN 2010 NIE.....HMMM.....BARU 1 PERKARA NAMPAKNYA DAH LEPAS,YANG LAIN MASIH TERRRGANTUNG-GANTUNG.

CUTI SEKOLAH ARI TU BIBIK FIKIR NAK BAWAK BUAH CINTA BIBIK(SEMUANYA 3 ORANG)MAKAN ANGIN TAPI TAK LEPAS LA PULAK,TAPI AKHIRNYA DI HUJUNG CUTI (JUMAAT,SABTU DAN AHAD)BIBIK BERJAYA JUGA BAWAK MEREKA BERKELAH KESUATU TEMPAT MANDI MANDA YANG DI PANGGIL PULAU CHEKAS,TEMPAT NI MEMANG NYAMAN DAN OROMA UDARANYA MASIH SEGAR DENGAN BAU KAYU KAYUAN DAN AIR TERJUN YANG MENGALIR......PERGH......MEMANG BEST SANGAT!

TENGOK PULAK BUAH CINTA BIBIK GIRANG TAK TERKATA BILA DAPAT BERENDAM SEPUAS HATI.....MELIHAT BUAH CINTA BIBIK GEMBIRA BEGITU,HATI BIBIK JADI PUAS.....KESIAN DIORANG JARANG SEKALI DAPAT MERASA KEGEMBIRAAN SEBEGINI RUPA,MAKLUMLAH BIBIK SIBUK SANGAT BEKERJA(SATU KEKESALAN YANG TERAMAT SANGAT).......TUAN TANAH BIBIK PUN SAMA JUGAK MAKLUMLAH PILOT DARAT(DRIVER TRELLER LA KATAKAN.....)......MALAMNYA BIBIK ANAK BERANAK BERKESEMPATAN MELIHAT SEBUAH CEREKARAMA MELAYU.....SEDIH SANGAT CERITANYA....BUAH CINTA BIBIK YANG BERDUA TU MENONTON TAK BERKELIP MATA SAMBIL MENHAN TANGIS(SEDIH SANGAT)......BILA DAH HABIS MASING MASING PERLAHAN-LAHAN DATANG MENMELUK BIBIK......HERAN JUGAK BIBIK ..NAPENYER BUAH CINTA BIBIK NIE.......

DALAM SELOROH BIBIK TANYA......"KALAU IBU GARANG-GARANG DENGAN KORANG,AGAKNYA DAH TUA TUA NANTI.....IBU KENE KURUNG DALAM STOR JUGAK KER MACAM CERITA TADI........CEPAT-CEPAT SI ABANG MENGGELENG KEPALA....ADIK CEPAT-CEPAT MEMELUK BIBIK SAMBIL TERCEBIK-CEBIK........ALAHAI BUAH CINTAKU....ITULAH KATA ORANG TUA-TUA .....JGN JADI MAK KETAM AJAR ANAK BERJALAN LURUS,TAPI MAK KETAM SENDIRI BERJALAN MENGERENG.......ALAHAI.......

Thursday, March 18, 2010

alahai...apa nak jawab nie......

Assalamualaikum.......salam satu malaysia buat teman-teman semua,semalam bibik tak berkesempatan menulis apa apa di laman ini......ringkasnya bibik masuk kota semalam....KUALA LUMPR.........

Lama benar rasanya tidak menjejak kaki ke kota kosmopolitan itu,walau dada bibik sebu dek cuaca jerebu dan asap kenderaan yang tak berhenti bertali arus ,namun bibik gagahkan jua kaki ini melangkah ke PWTC.....(memang tujuannya untuk datang bermeting),dalam sibuk tercangak-cangak mencari parking di PWTC bibik terjumpa teman lama sewaktu bersekolah dulu.......suka benar rasanya hati ini,lansung kami berjani akan bertemu semula selesai urusan masing-masing nanti,(janji nak makan mcdonald saja.......ringkas dan mudah-teringat pulak masa remaja dulu-dulu.)Usai urusan sendiri lekas-lekas bibik seret kaki ni ke tempat yang dijanjikan.....huh!ramai nya umat manusia bibik tengok,ragamnya macam-macam.sejuk hati bibik bila tengok ramai ibu bapa yang masih prihatin pada anak-anak ,apa tidaknya berbondong mebawa anak bercuti ke Kuala lumpur,buktinya kebanyakan hotel budget sekitar Chowkit habis di booking......untung benar anak-anak zaman sekarang kalau bibik dulu habis2 pun cuma dibawa bercuti kekampung halaman itupun gembiranya bukan kepalang.......

Hah....!itupun kawan bibik dah menunggu sambil tersengeh...belum pun sempat bibik melabuhkan punggung ke kerusi becok mulutnya bertanya "bik,asal kecoh kecoh parlemen semalam....................?heiiiii diorang ne tak abis-abis serabut kepala otak aku tengok!eh betul ke yang dato zahrein dedah tu pasal anuwar bik?eh takkan kan nuar tu buat gitu tak caya aku bik......alahai .....agaknya apalah yang bibik nak jawab nie......tolong-tolong.......

Monday, March 15, 2010

anu palsuuuuuuuuu......

salam.......bibik baru lepas balik lunch dengan kawan seofis nie.......lama benar rasanya dah tak kuar minum-minum dengan dia......makan-makan sambil berborak nie seronok rupanya, apatah lagi hidangan tengahari nie lauk ikan bakar kembung,sambal paru,ulam-ulaman dan terung bakar sambalceh(dipanggil ceh kerana sewaktu dimasak boleh membuatkan orang tebersin).....dalam pada berborak tu member bibik terkeluar la cerita,katanya sekarang nie mana la tak melambak orang buang bayi,apakan tidak anu palsu,pun berlambak jual kat kolumpo.....menganga bibik di buatnya,tambahnya lagi"ko nak tau bik,bila deme tu dah tak puas dengan anu palsu tu yang merapu caru pula anu ori,hish......sekali dua tak mengandung ler,lama-lama dah naik syok lupa ,asyik belasah jer.....hah beranak......penyudahnya baby yang tak berdosa buang rata-rata"rujuk artikel metro,16/03/2010 tajuk-mayat bayi dalam plastik sampah......alahai,bibik tak faham manusia jenis apa yang sanggup buang anak sesuka hati nie......kata kawan bibik tu lagi"apa taknyer bik....kalau ko nak tengok segala jenis alat /anu palsu pemuas nafsu nie,ko pegi jer kat sunway piramid ker....cheras.....mid valley.....ish banyak la kat selangor tu.....kerajaan dia bagus kedai macam tu melambak kat sana ,kerajaan PR......he..he..he..peka bebenda cam ne"aduhhhhhh.......sekali lagi bibik ternganga.......patutlah ramai benar bayi kecil mulus tak berdosa lahir ke dunia nie,kene buang pulak tu.....sedih benar rasanya bibik.
Itulah ,buat kerajaan PR selangor,jangan la terus biar kedai yang menjual barang tak bermoral dan berfaedah ni terus beroperasi.....banyak dapat saham nanti......saper yang susah......itulah orang tua tua selau kata "kuman seberang laut nampak,bangkai gajah depan mata haram tak nampak,tak bau pun"....alahai.............

LAKSA........LAKSAM

SALAM...............BIBIK NIE SEBENARNYA TENGAH KENYANG(TAPI SEBENARNYA TAK BERAPE KENYANG),BARU BALIK DARI MAKAN TENGAHARI CUM MAKAN PETANG.................LAKSAM,PATUTNYA SEDAP TAPI JADI TAK BERAPE SEDAP,AGAKNYA MULUT BIBIK NIE KOT YANG DAH TAK BERAPE SEDAP.....LAGIPUN BIBIK TAK BERAPE PUAS HATI DENGAN INDEK UDARA DI SEKITAR RESTORAN TERSEBUT....PEKE TIDAKNYA....CUACA TELAH LA BERJERUBU TAMBAH BERJERUBU LAGI BILA TIADA KESEDARAN DIKALANGAN PEKERJA RESTORAN TERBABIT YANG TELAH MEMBAKAR SEGALA DAUN MAUN DISITU DENGAN CARA TERBUKA...........SEKALI IMBAS MEMANGLAH NAMPAK MACAM CANTIK JER......BERKABUS-KABUS,BERBALAM BALAM .....KALAU DALAM FILEM AZURA NAMPAK MACAM SUASANA DI CAMERON HIGHLAND PUN ADE.......TAPI TULAH HAKIKATNYA......REALITINYA,BIBIK YANG DUDUK KAT RESTORAN TU TERBATUK BATUK KELEMASAN.tEKAK JADI KERING MATA JADI PEDIH......ADUHAI.......ALAHAI BILA LA DIAORANG(PEKERJA RESTORAN LA......)NI NAK SEDAR.....OH........BARU BIBIK PERASAN RUPANYA,PEKERJA TU SEMUA ORANG THAILAND MANA LA DIORANG NAK FAHAM UNDANG NEGARA NI YANG TAK BOLEH MEMBAKAR SECARA TERBUKA AGAKNYA..............ALAHAI KITA JUGAK YANG MERANA.....ITULAH ORANG TUA2 CAKAP MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBIK....TAPI KALAU MASUK KANDANG LEMBU KAMU MENGEMBEK .......ALAMATNYA KENE NGAPLA!!!!!!!!!!!!!!!!!
WASALAM..........................

Sunday, March 14, 2010

CERITERA.................

SEMALAM BIBIK (PANGGILAN MESRA BUAT PERMPUAN MUDA YANG TELAH BERKAHWIN........)PERGI KENDURI KAT KELUMPO.....IKUT MENGANTAR JIRAN-JIRAN SEKAMPUNG,SERONOK ADA SHAHDU PUN ADA...BUKAN APA BIBIK RASA SHAHDU SANGAT BILA TENGOK SAHABAT BIBIK TU URUSKAN KENDURI KENDARA ADIKNYA......MASA LEPAS BERSANDING BIBIK TENGOK MATA KAKAK PENGANTIN BERGENANG-GENANG,CEPAT2 BIBIK CAKAP"KOK MA JANGAN PULAK KO NANGIS GULING2 CAM CITER HINDUSTAN LAK"PADAHAL DALAM HATI BIBIK NIE PUN DAH SEDIH SANGAT TENGOK KOK MA TU SEDIH......MAKLUMLAH KOK MA TU LA YANG JAGA PENGANTIN TU DARI KECIK LAGI(MAKNYA MENINGGAL MASA PENGANTIN UMUR 7 TAHUN) KOK MA TU PUNYA LA JAGA ADIK2 SAMPAI DIA BERHENTI SEKOLAH SAMPAI DARJAH ENAM JE............ALAHAI ...........ZAMAN SEKARANG YANG SERBA CANGGIH NIE MANA LA ADA KAKAK YANG SANGGUP KORBAN SAMPAI CAM TU(KALAU ADAPUN SIKIT SANGAT,BOLEH BILANG DENGAN JARI) TAPI YANG BIBIK PERASAN SEKARANG NIE.....JANGANKAN ADIK2 NAK BALAS BUDI KAKAK YANG BANYAK BERKORBAN,IBU DAN AYAH YANG DAH SAH SAH BERKORBAN JIWA RAGA MELAHIR,MEMBESARKAN DAN MENDIDIK ANAK ANAK PUN DIABAIKAN .........TAK INGAT CERITA SEORANG LELAKI TUA YANG DITINGGALKAN ANAK DIKAKI LIMA BUS STOP KERANA ANAK LELAKINYA BERALASAN ,"ORANG TUA NI TELAH MENGGANGGU KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA"ALAHAI.....ANAK-ANAK.........ITULAH ORANG TUA2 CAKAP "IBU DAN AYAH DAH PASTI DAPAT MEBELA DAN MEMBESARKAN 9 ORANG ANAK..............NAMUN BELUM PASTI 9 ORANG ANAK TADI YANG TELAH BERJAYA DAPAT MEMBELA KEDUA ORANG TUANYA.....................ALAHAI...........................