Wednesday, December 22, 2010

betul tak kalau.........


Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.
"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.
"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.
Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman.
Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
"Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya.
Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu.
"Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya.

No comments:

Post a Comment